HARI SUKAN NEGARA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 8 Oktober 2016 yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara 2016. Program peringkat nasional yang dijalankan saban tahun ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di peringkat SKSP, sambutan berlangsung meriah dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Puan Tuan Hazlin dan beberapa orang murid Tahun 6 dan diikuti dengan perlawanan bola baling antara guru-guru SKSP. Semoga amalan gaya hidup sihat ini akan diteruskan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) PERINGKAT SEKOLAH 2016

Majlis yang berlangsung pada hari Isnin (26 September 2016) ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah di bawah unit Hal Ehwal Murid (HEM) untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang bahaya dadah dan rokok serta langkah-langkah pencegahannya. Acara ini merupakan acara tahunan yang wajib dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia dalam usaha kerajaan membasmi jenayah penyalahgunaan dadah.

dadah-1dadah-2dadah-3dadah-4dadah-5dadah-6dadah-7

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Majlis yang berlangsung meriah pada 19 September 2016 ini merupakan penutup kepada Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang telahpun berlangsung bermula pada 15 Ogos 2016 hingga 19 September 2016. Penyampain hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan serta persembahan para pemenang merupakan antara intipati program ini. Syabas diucapkan kepada Panitia Sejarah di atas penganjuran program yang sangat baik dan lancar.

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan pada tanggal 15 Ogos 2016 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Zazaluma binti Harun. Sambutan yang berlangsung selama sebulan ini bermula pada 15 Ogos 2016 dan berakhir pada 19 September 2016 akan menyaksikan penglibatan murid dalam pelbagai acara antaranya pertandingan pakaian beragam, pertandingan menghias basikal bertemakan patriotik, pertandingan nyanyian solo dan koir dan pertandingan mewarna.

45213

PELANCARAN PENUTUP MINGGU PSS DAN KM1M

Pelancaran penutup Minggu Pusat Sumber Sekolah yang berlangsung dan Kem Membaca 1 Malaysia 2016 tahun ini yang berlangsung pada 12 Ogos 2016 yang lalu telah dihadiri beberapa orang tetamu VVIP. Selain meraikan kejayaan Adik Muhammad Adam Danial b. Azmi(Ikon SKSP 2016)pemenang pingat emas di Kejohanan Taekwando Dunia,di Korea Selatan, majlis yg sederhana tp meriah turut dihadiri oleh Pen.Pengawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor,Ketua Editor Majalah Kuntum,Jurulatih ,Superman n Taekwando Team,ibubapa ,NYDP PIBG SKSP ,kelab kuntum SKSP,team aspirasi catur SKSP. Majlis juga turut sama dimeriahkan dengan kehadiran Maskot Si Comel dari Majalah Kuntum.

PELANCARAN MINGGU PSS DAN KM1M PERINGKAT SEKOLAH

Hari ini telah berlangsung 2 sesi Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah dan KM1M Peringkat Sekolah 2016 .Program akan berjalan selama 2 minggu bermula 1 hingga 12 Ogos 2016.Satu Persembahan Khas daripada Adik Syabil Fikri (5 UITM)  yang telah mendeklamasi sajak hasil nukilannya sendiri”Bimbinglah Aku” memeriahkan lagi program.Majlis penutupnya akan diadakan pada 12 Ogos nanti bersama Jemputan Khas Maskot ‘ Comel’ dari Majalah Kuntum.

15432

 

MAJLIS PERSARAAN PUAN KHAMLIZAH

Pada tanggal 29 Julai 2016, satu majlis yang dinamakan Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung telah dijalankan bagi meraikan persaraan seorang guru yang begitu banyak berjasa pada SKSP iaitu Puan Khamlizah bt Md Noor. Beliau merupakan seorang guru pendidikan khas di SKSP dan merupakan pelopor kepada penubuhan program PPKI di sekolah ini. Majlis yang berlangsung meriah ini merupakan hadiah yang terakhir dari kami warga SKSP untuk Puan Khamlizah. Semoga menjadi kenangan abadi buat puan. Terima kasih daun keladi, hari-hari datanglah lawat kami!

PROGRAM TAUTAN KASIH

Program Tautan Kasih merupakan penutup program Ihya Ramadhan di mana pelbagai aktivti telahpun dilaksanakan antaranya majlis khatam al-quran,pemberian sumbangan anak-anak yatim,asnaf dan murid kurang upaya,sambutan ambang Aidilfitri dan pemberian bubur lambuk hasil kerjasama pasukan KSIB PIBG serta Badan Kebajikan Guru dan Staf .Alhamdulillah program ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Syabas dan tahniah semua! dan Semoga kita diberi peluang berjumpa lagi pada ramadhan akan datang.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

 

PROGRAM IFTAR DAN SOLAT HAJAT PERDANA

Program Iftar dan Solat Hajat Perdana 2016 anjuran bersama PIBG,Panitia Agama Islam dan PSS telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2016,Jumaat bersama Jemputan Panel Dai Izzhar dari Program Pendakwah Milenia TV3 dan Tokoh Guru Peringkat daerah Manjung 2016 Tn. Subary@Cikgu Sobri. Semua ibubapa/penjaga,guru-guru dan murid SK Seri Pristana telah telah memberikan kerjasama yang erat dalam pelaksanaan program ini. Tahniah dan syabas diucapkan!