SAMBUTAN HARI GURU 2016

Alhamdulillah sangat meriah sambutan hari guru pada tahun ini. Dengan tema ” Kalau Aku Bukan Seorang Guru”, guru-guru masing-masing menggayakan pakaian bertemakan pekerjaan. Terima kasih diucapkan kepada team KSIB dan PIBG yang telah mengelolakan sepenuhnya majlis ini.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

GOTONG ROYONG PERDANA SKSP 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Program gotong-royong perdana di SK Seri Pristana merupakan kolaborasi bersama Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB),Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan para guru tSKSP untuk menjadikan kelas abad ke-21 pada Ahad 15hb Mei 2016. Ianya turut disertai barisan TUDM, Bomba, KOSPEN dan Unit Promosi Kesihatan Kuala Selangor (Denggi & Pap Smear)

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB UPSR 2016

Berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 16 dan 17 April 2016 di Kem Kepimpinan IM4U Meru, program teknik menjawab yang diadakan khusus untuk murid-murid Tahun 6 ini bertujuan untuk membina keyakinan murid dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan di samping merapatkan ukhuwah antara murid dan guru. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Peningkatan UPSR di atas komitmen yang diberikan.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

 

KEJOHANAN CATUR MSSD KUALA SELANGOR 2016

Bertempat di SM Sains Kuala Selangor, kejohanan catur MSSD Kuala Selangor telah pun diadakan dan dikelolakan oleh SK Seri Pristana pada 11 April 2016. Alhamdulillah pertandingan berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan kejayaan ini akan dapat diteruskan di pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan di SM Seri Puteri, Cyberjaya pada 19 dan 20 April 2016.

photo_2016-09-20_11-33-31photo_2016-09-20_11-33-39