HARI SUKAN NEGARA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 8 Oktober 2016 yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara 2016. Program peringkat nasional yang dijalankan saban tahun ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di peringkat SKSP, sambutan berlangsung meriah dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Puan Tuan Hazlin dan beberapa orang murid Tahun 6 dan diikuti dengan perlawanan bola baling antara guru-guru SKSP. Semoga amalan gaya hidup sihat ini akan diteruskan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) PERINGKAT SEKOLAH 2016

Majlis yang berlangsung pada hari Isnin (26 September 2016) ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah di bawah unit Hal Ehwal Murid (HEM) untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang bahaya dadah dan rokok serta langkah-langkah pencegahannya. Acara ini merupakan acara tahunan yang wajib dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia dalam usaha kerajaan membasmi jenayah penyalahgunaan dadah.

dadah-1dadah-2dadah-3dadah-4dadah-5dadah-6dadah-7

KARNIVAL BOLA BALING B11 MSSD KUALA SELANGOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 27 September yang lalu telah berlangsung Karnival Bola Baling Bawah 11 MSSD Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Kejayaan manis telah berjaya dilakar bagi pasukan bola baling B11 sekolah apabila berjaya mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan! Semoga kejayaan yang cemerlang ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Majlis yang berlangsung meriah pada 19 September 2016 ini merupakan penutup kepada Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang telahpun berlangsung bermula pada 15 Ogos 2016 hingga 19 September 2016. Penyampain hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan serta persembahan para pemenang merupakan antara intipati program ini. Syabas diucapkan kepada Panitia Sejarah di atas penganjuran program yang sangat baik dan lancar.

PEPERIKSAAN UPSR 2016

Detik yang ditunggu oleh semua murid Tahun 6 akhirnya telahpun tiba. Peperiksaan UPSR 2016 telah berlangsung pada 5 September 2016 hingga 8 September 2016. Seramai 245 orang calon telah menduduki peperiksaan yang berlangsung selama 4 hari itu. Alhamdulillah perjalanan peperiksaan sangat lancar dengan kerjasama dari semua pihak. Terima kasih diucapkan. Semoga kejayaan yang cemerlang mengiringi anak-anak ini Inshaa Allah.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

Pertandingan bagi pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Selangor 2016 telah berlangsung selama 2 hari 29 dan 30 Ogos 2016.Alhamdulillah Johan Tokoh Nilam peringkat daerah dimenangi oleh adik Syabil Fikri dari 5 Uitm dan tempat ke 3 dimenangi oleh adik Syafieqah dari kelas 5 Uitm.Kedua-duanya mewakili sekolah untuk Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Adik Syabil Fikri akan mewakili daerah Kuala Selangor ke pertandingan peringkat negeri pada pertengahan Oktober. Selamat maju jaya!

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan pada tanggal 15 Ogos 2016 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Zazaluma binti Harun. Sambutan yang berlangsung selama sebulan ini bermula pada 15 Ogos 2016 dan berakhir pada 19 September 2016 akan menyaksikan penglibatan murid dalam pelbagai acara antaranya pertandingan pakaian beragam, pertandingan menghias basikal bertemakan patriotik, pertandingan nyanyian solo dan koir dan pertandingan mewarna.

45213

PELANCARAN PENUTUP MINGGU PSS DAN KM1M

Pelancaran penutup Minggu Pusat Sumber Sekolah yang berlangsung dan Kem Membaca 1 Malaysia 2016 tahun ini yang berlangsung pada 12 Ogos 2016 yang lalu telah dihadiri beberapa orang tetamu VVIP. Selain meraikan kejayaan Adik Muhammad Adam Danial b. Azmi(Ikon SKSP 2016)pemenang pingat emas di Kejohanan Taekwando Dunia,di Korea Selatan, majlis yg sederhana tp meriah turut dihadiri oleh Pen.Pengawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor,Ketua Editor Majalah Kuntum,Jurulatih ,Superman n Taekwando Team,ibubapa ,NYDP PIBG SKSP ,kelab kuntum SKSP,team aspirasi catur SKSP. Majlis juga turut sama dimeriahkan dengan kehadiran Maskot Si Comel dari Majalah Kuntum.

PELANCARAN MINGGU PSS DAN KM1M PERINGKAT SEKOLAH

Hari ini telah berlangsung 2 sesi Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah dan KM1M Peringkat Sekolah 2016 .Program akan berjalan selama 2 minggu bermula 1 hingga 12 Ogos 2016.Satu Persembahan Khas daripada Adik Syabil Fikri (5 UITM)  yang telah mendeklamasi sajak hasil nukilannya sendiri”Bimbinglah Aku” memeriahkan lagi program.Majlis penutupnya akan diadakan pada 12 Ogos nanti bersama Jemputan Khas Maskot ‘ Comel’ dari Majalah Kuntum.

15432