PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SK Seri Pristana mula beroperasi pada 15 Jun 2010. Dengan bilangan murid seramai 850 orang beserta dengan jumlah guru seramai 18 orang, SK Seri Pristana mula mengorak langkah mencipta kegemilangan di dalam arena pendidikan. Bermula dengan murid dari Tahun 1 hingga 5, sekolah ini hanya beroperasi untuk sesi pagi sahaja. Namun demikian, tahun demi tahun bilangan murid yang bersekolah di sekolah ini semakin bertambah menyebabkan sesi persekolahan dijalankan untuk dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sehingga kini, seramai 1600 orang murid daripada prasekolah sehingga Tahun 6 sedang mengikuti sesi persekolahan di SK Seri Pristana. Bilangan guru juga sehingga ke hari ini mencecah sehingga 110 orang.

 


VISI SEKOLAH

“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”


MISI SEKOLAH

“MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI”


MOTO SEKOLAH

“PROAKTIF, INOVATIF, PRODUKTIF”


LAGU SEKOLAH

SK SERI PRISTANA

SK Seri Pristana

Sekolahku yang amat tercinta

Mendidik bakti dan jasa

Mendidik warisan bangsa

Harmoni gigih berusaha

Lahirkan insan sempurna

Berilmu, berakhlak mulia

Berdisiplin berbudaya.

Proaktif, inovatif, produktif

Teras kecemerlangan dan kejayaan

Seiring melangkah gagah

mencapai cita mulia

Majulah sekolah tercinta

bersinarlah di persada jaya

Cemerlang, gemilang, terbilang

Jasamu abadi dan dikenang

Jasamu abadi dan dikenang