MAJLIS PERSARAAN PUAN KHAMLIZAH

Pada tanggal 29 Julai 2016, satu majlis yang dinamakan Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung telah dijalankan bagi meraikan persaraan seorang guru yang begitu banyak berjasa pada SKSP iaitu Puan Khamlizah bt Md Noor. Beliau merupakan seorang guru pendidikan khas di SKSP dan merupakan pelopor kepada penubuhan program PPKI di sekolah ini. Majlis yang berlangsung meriah ini merupakan hadiah yang terakhir dari kami warga SKSP untuk Puan Khamlizah. Semoga menjadi kenangan abadi buat puan. Terima kasih daun keladi, hari-hari datanglah lawat kami!

CEMERLANG 6A!

Begitulah laungan yang sering kedengaran apabila berada di SKSP yang dilaungkan oleh murid-murid tahun 6 untuk memberikan mereka motivasi dan keyakinan untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Hasilnya? Alhamdulillah SKSP berjaya menempatkan diri di tangga PERTAMA dalam daerah Kuala Selangor pada Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Hari ini telah berlangsung penyampaian hadiah dan cenderhati kepada murid yang berjaya memperoleh 6A dan 5A. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan dan dapat direalisasikan untuk peperiksaan UPSR sebenar yang akan berlangsung September nanti. Syabas anak-anak SKSP!

12345

PROGRAM TAUTAN KASIH

Program Tautan Kasih merupakan penutup program Ihya Ramadhan di mana pelbagai aktivti telahpun dilaksanakan antaranya majlis khatam al-quran,pemberian sumbangan anak-anak yatim,asnaf dan murid kurang upaya,sambutan ambang Aidilfitri dan pemberian bubur lambuk hasil kerjasama pasukan KSIB PIBG serta Badan Kebajikan Guru dan Staf .Alhamdulillah program ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Syabas dan tahniah semua! dan Semoga kita diberi peluang berjumpa lagi pada ramadhan akan datang.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

 

PROGRAM IFTAR DAN SOLAT HAJAT PERDANA

Program Iftar dan Solat Hajat Perdana 2016 anjuran bersama PIBG,Panitia Agama Islam dan PSS telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2016,Jumaat bersama Jemputan Panel Dai Izzhar dari Program Pendakwah Milenia TV3 dan Tokoh Guru Peringkat daerah Manjung 2016 Tn. Subary@Cikgu Sobri. Semua ibubapa/penjaga,guru-guru dan murid SK Seri Pristana telah telah memberikan kerjasama yang erat dalam pelaksanaan program ini. Tahniah dan syabas diucapkan!

GOTONG ROYONG PERDANA SKSP 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Program gotong-royong perdana di SK Seri Pristana merupakan kolaborasi bersama Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB),Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan para guru tSKSP untuk menjadikan kelas abad ke-21 pada Ahad 15hb Mei 2016. Ianya turut disertai barisan TUDM, Bomba, KOSPEN dan Unit Promosi Kesihatan Kuala Selangor (Denggi & Pap Smear)