PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS & MURID TAHUN 1-6 2013

Makluman kepada ibu bapa/penjaga untuk hadir bersama anak dengan membawa kad pengenalan. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak dapat hadir, wakil perlu membawa surat kebenaran bertulis dan satu salinan kad pengenalan wakil untuk rujukan sekolah.

Butir-butir pembayaran:-

Tarikh: 25 Januari 2013

Hari: Jumaat

SESI PAGI (8.00 PAGI-12.00 TENGAH HARI)

Tempat: Mengikut kelas masing-masing

*Ibu bapa/penjaga yang mempunyai seorang  sahaja anak yang bersekolah di SK Seri Pristana.

SESI PETANG (3.00 PETANG-5.00 PETANG)

Tempat: Dewan Ultras Komuniti

*Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak lebih daripada seorang yang bersekolah di SK Seri Pristana.

Tiada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Ibu bapa/penjaga boleh membawa anak pulang selepas mengambil wang bantuan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa kali ke-3 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Pristana berakhir dengan jayanya pada hari Jumaat yang lalu (18 Jan 2013). Para peserta telah menjalani latihan sebanyak 2 kali pada hari Rabu (9 & 16 Jan 2013) supaya mereka dapat melatih kaki mereka untuk berlari di samping untuk mengecam laluan yang sepatutnya mereka berada pada kejohanan nanti. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori 1 disertai oleh murid perempuan Tahun 3 dan 4, Kategori 2 untuk murid lelaki Tahun 3 dan 4, Kategori 3 untuk murid perempuan Tahun 5 dan 6 dan akhir sekali Kategori 4 yang disertai oleh murid lelaki Tahun 5 dan 6.

Program bermula dengan murid-murid berkumpul di Dataran Informasi. Guru kelas mengambil kedatangan sebelum guru yang bertugas di bahagian statistik mengedar label kepada peserta. Setiap kategori dibezakan dengan warna label. Warna biru untuk Kategori 1, warna hijau untuk Kategori 2, warna kuning untuk Kategori 3 dan warna merah untuk Kategori 4. Kemudian peserta melakukan aktiviti regangan dan senamrobik dipimpin oleh guru yang bertugas di bahagian senamrobik. Sementara murid-murid yang tidak berlari membantu guru menyediakan air di kantin.

Kategori 4 dilepaskan terlebih dahulu kerana laluan mereka adalah paling panjang sekali. Kemudian diikuti oleh Kategori 3, 2 dan 1. Bermacam-macam gelagat dapat dilihat sepanjang tempoh larian. Ada yang cedera akibat terjatuh, ada yang berjalan sahaja kerana kepenatan dan ada yang mengekalkan larian sehingga ke garisan penamat. Hadiah pingat diberikan kepada peserta yang mendapat nombor 1 hingga 20 untuk setiap kategori.

Keputusan Kejohanan diumumkan selepas semua kategori mendapat pingat. Namapknya Rumah Merah masih lagi mengungguli acara larian ini. Tempat kedua berjaya dirampas oleh Rumah  Hijau. Sementara Rumah Biru mendapat tempat ketiga dan Rumah Kuning mendapat tempat keempat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menang, jangan berasa senang dan mereka yang kalah, jangan cepat mengalah kerana ini adalah acara pembukaan bagi Tahun 2013 dan masih ada banyak lagi program yang akan diadakan. jadi, berusahalah untuk mengumpul mata untuk mengubah kedudukan Rumah sukan anda semua!

Kategori 1 sudah bersedia untuk pecut

Kategori 1 sudah bersedia untuk pecut

Yes!! dapat juga nombor. Boleh sumbang mata untuk Rumah

Yes!! dapat juga nombor. Boleh sumbang mata untuk Rumah

Banyaknye pingat...

Banyaknye pingat…

Mengumumkan pemenang

Mengumumkan pemenang

 

 

 

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2013

Program Transisi Tahun 1 telah diadakan selama 2 minggu persekolahan bermula daripada 2 Januari sehingga 11 Januari 2013. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk murid-murid mengenal sekolah, guru-guru dan kawan-kawan. Hari pertama persekolahan, sebahagian besar ibu bapa mengambil cuti untuk membawa anak-anak ke sekolah. Murid-murid telah pun diletakkan mengikut kelas berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan pada Hari Orientasi Murid Tahun 1 yang lepas sementara mereka yang lambat mendaftar pula melakukan ujian diagnostik sebelum diletakkan di kelas yang sepatutnya mereka berada. Setakat ini, seramai 235 orang murid telah pun mendaftar pada tahun ini.

Pelbagai ragam dapat dilihat antaranya ada yang menangis, ada yang melekat dangan ibu, ada yang diam seribu bahasa, ada yang ceria, ada yang sedih dan bermacam-macam jenis kerenah lagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melawat sekolah, taklimat peraturan dan disiplin, menulis, melukis, menyanyi, aktiviti berkumpulan, sesi kaunseling dan pengenalan tentang subjek-subjek yang bakal dipelajari.

20130102_080006

Sesi berkenalan dengan rakan sebelah

Sesi berkenalan dengan rakan sebelah

Beratur untuk melawat kawasan sekolah

Beratur untuk melawat kawasan sekolah

Beratur di hadapan kantin selepas rehat

Beratur di hadapan kantin selepas rehat

Aktiviti mewarna

Aktiviti mewarna

Aktiviti melengkapkan puzzle

Aktiviti melengkapkan puzzle

Ada yang menangis ditinggalkan ibu

Ada yang menangis ditinggalkan ibu

Aktiviti regangan sebelum senamrobik

Aktiviti regangan sebelum senamrobik

Sukaneka leret bola

Sukaneka leret bola

Ucapan penutup program transisi Tahun 1

Ucapan penutup program transisi Tahun 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN MERENTAS DESA 2013

Kepada semua murid-murid SKSP Tahun 3, 4, 5 dan 6, anda dikehendaki hadir ke sekolah dengan memakai pakaian sukan pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah.

Latihan 1-
Hari: Rabu
Tarikh: 9/1/2013
Masa: 4.00-6.00 petang

Latihan 2-
Hari: Rabu
Tarikh: 16/1/2013
Masa: 7.30-9.20 pagi

Kejohanan Merentas Desa-
Hari: Jumaat
Tarikh: 18/1/2013
Masa: 7.30 pagi

AHLAN WASAHLAN 2013!

Alhamdulillah, bertemu lagi pada tahun baru ini

Kepada murid-murid Tahun 1

Selamat datang ke alam persekolahan

Kepada murid-murid Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6

Selamat kembali ke sekolah

Tahniah yang berjaya naik kelas

Usaha lagi untuk mereka yang turun kelas

Bagi yang kekal, tingkatkan prestasi

Agar kejayaan sentiasa di genggaman

Semoga tahun ini membuka ruang

untuk kita memperbaiki kelemahan pada masa lalu

Keputusan Perlawanan Bola Baling & Bola Jaring SKSP 2012

Tarikh : 10 Julai 2012

Hari     : Selasa

Masa   : 12.00 tengah hari

Liga bola baling dan bola jaring antara kelas telah diadakan selepas program senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Perlawanan ini melibatkan penyertaan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.  Berikut adalah keputusan perlawanan:-

senamrobik

Keputusan bola baling peserta lelaki tahap 2.

senamrobik

Keputusan bola baling peserta perempuan tahap 2.

senamrobik

4 UITM – Juara bola jaring Tahun 4

senamrobik

5 UITM – Juara bola jaring Tahun 5

senamrobik

4 UPM – Juara bola baling Tahun 4.

senamrobik

5 UITM – Juara bola baling Tahun 5.